Graduan Kolej Vokasional terus jadi rebutan


Studio Tangkas - NILAI: Kira-kira 97 peratus graduan Kolej Vokasional (KV) berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh lima bulan selepas tamat pengajian masing-masing, membuktikan institusi pengajian itu berada pada landasan tepat melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata statistik itu membuktikan graduan Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) mempunyai kebolehpasaran yang cukup tinggi dalam pasaran pekerjaan terutama bidang industri.

“TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya ribuan graduan yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional setiap tahun memberi impak yang besar kepada pembangunan dan ekonomi negara.

“Graduan yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional, bukan sahaja membawa nama kolej, bahkan nama negara ke arena antarabangsa apabila mereka turut memasuki pasaran pekerjaan di luar negara.

“Saya yakin, graduan Kolej Vokasional mampu membina masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali keempat, di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.


STUDIO TANGKAS adalah Agen Tangkas Online, Agen Poker Online, Agen Poker GLX
Dapatkan BONUS CASHBACK TANGKAS 10%



Seramai 14,387 graduan dari seluruh negara menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini yang bermula 29 September lalu termasuk 11,838 daripadanya mewakili zon Semenanjung.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Rafee berkata, jumlah graduan KV yang menamatkan pengajian setiap tahun terus meningkat sekali gus membuktikan nasib pendidikan anak-anak yang memilih bidang teknologi sentiasa terbela setanding dengan bidang yang lain.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara KV dengan pelbagai pihak khususnya industri ketika ini semakin meningkat apabila terdapat 1,000 memorandum persefahaman (MoU) sudah ditandatangani kedua-dua pihak.

“Kerjasama itu ternyata memberi impak positif dan lonjakan kejayaan dalam memastikan peluang graduan KV lebih luas untuk memasuki pasaran pekerjaan.

“Justeru itu, saya menyeru seluruh warga Kolej Vokasional, teruskan usaha supaya nama kolej sentiasa menjadi yang terkehadapan dalam meniti arus Revolusi Industri 4.0 dan meniti arus pemodenan global pendidikan masa kini serta masa depan.

“Dengan kejayaan yang telah dicapai di peringkat antarabangsa seperti penyertaan dalam pertandingan Worlds Skills Kazan 2019 dan kejayaan dalam reka cipta dan inovasi, ia sudah pasti memberi impak yang sangat besar dalam menaikkan imej kolej serta meletakkan KV di peta dunia,” katanya.

Posted by Studio Tangkas
Studio Tangkas | Agen Tangkas Online Indonesia

WhatsApp : +855 935 89 168


Comments

Popular posts from this blog

Amien Rais Dukung Mulfachri, Zulhas: Ya Enggak Apa-apa

Politikus PAN Nilai Pembatasan Sosial Tak Cukup Hentikan Penyebaran Corona

Sofyan Basir Hadapi Vonis, Ini Harapan Pengacara